Pages

Tuesday, November 17

Cara Memandu: Rompin Vs Klang

Setelah 2 bulan berada di Klang iaitu sebaik sahaja mendapat lesen P. Saya terus gila-gila sewa kereta untuk berlatih memandu dan membiasakan diri dengan pemanduan yang diajar di Sekolah Latihan Memandu di Mersing.

Hari pertama saya ke Klang, kereta sewa juga turut saya tempah khas untuk meronda-ronda kawasan sekitar agar lebih tau selok-beloknya. Maklumlah, banyak sangat cerita yang tak elok didengari. Jadi langkah pertama keselamatan ialah Tau di mana anda berada.

Jadi hari pertama dan hari kedua, saya telah menempah adik bekas rakan sekelas saya untuk mengajar memandu sambil menunjukkan jalan. Ha ha. Terkejut amat! Teknik pemanduannya sangat hebat dan menakutkan. (tanggapan pertama). Cilok sana, Potong sini, Brek emergency dan sebagainya. Betul-betul macam citer Initial D dan Too Fast Too Furious.

Tapi rupa-rupanya, teknik pemanduan itu memang dikuasai oleh kebanyakkan pemandu kenderaan di Klang....

Di bawah merupakan perbezaan-perbezaan antara pemandu di Kuala Rompin dengan Klang.1.


ROMPIN
1. Berhenti betul-betul sebelum garisan putih
2. Berhenti pada jarak paras boleh nampak tayar/bonet bawah kereta di
hadapan
3. 2 Lorong jalan raya diguna 2 kereta. Kekadang 2 kereta 1 lorong je.
4. Signal beri awal-awal
5. Sentiasa memberi peluang kereta lain mencelah.
6. Bawa kereta berwaspada dan tenang... 60-80km je. tu ok lagi. ada yg 30-40km. Lagi
santai..
7. Lampu merah bertukar hijau, bawak dgn perlahan. Berhenti sewaktu kuning or kiraan
saat dlm 3 saat sblm merah.

KLANG
1. Berhenti selepas garisan putih dan dekat-dekat garisan kuning.
2. Berhenti pada jarak aras cermin belakang kereta hadapan. Jika boleh dikira kaki,
tak sampai 1 kaki pun jaraknya.
3. 2 Lorong jalan raya diguna 3 kereta.
4. Signal diberi bila teringat.
5. Mencelah? Jangan harap. Orang nak cepat nie.
6. Cepat-cepat! Kereta belakang dah HON!!!
7. Lampu merah bertukar hijau, petanda nak racing. Lampu kuning? Bersedia untuk
memecut!!!.



Jadi... jika terjumpa simptom-simptom seperti di atas, bolehlah anda kenal pasti asal-usul pemandu tersebut.
Sekian.

No comments: