Tuesday, January 12, 2010
Kenali diri berdasarkan bulan- Dato Fadilah Kamsah
JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Suka mendidik dan dididik
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang
Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
Cukup sayang pada kanak-kanak
Suka duduk di rumah
Setia pada segala-galanya
Perlu belajar kemahiran sosial
Cukup cemburu yang sangat tinggi
FEBUARI
Berfikiran abstrak
Sukakan benda yang reality dan abstrak
Intelligent, bijak dan genius
Berpesonaliti yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
Jujur dan setia pada segalanya
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yang lasak
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
Mudah mempamerkan marahnya
Tidak suka benda yang remeh-temeh
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada
harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
Berkecenderungan pada benda yang tahyul
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
Belajar untuk mempamerkan emosi.
MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan
Mudah didampingi
Sangat pemalu dan pemendam rasa
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
Suka pada kedamaian
Sangat peka kepada orang lain
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
Tidak cepat marah dan sangat amanah
Tahu balas budi dan tahu kenang budi
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
Suka berangan-angan
Suka melancong
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dgn hiasan rumahtangga
Punya bakat seni dalam bidang muzik
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
Jangan terlalu moody.
APRIL
Sangat aktif dan dinamik
Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
Sangat menarik dan pandai manjakan diri
Punya daya mental yang sangat kuat
Suka diberi perhatian
Sangat diplomatik (pandai memujuk )
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
Sangat berani dan tiada perasaan takut
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
Emosi cepat terusik
Try control the emotion
Kecenderungan bersifat dendam
Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
Kuat daya ingatan
Gerak hati yang sangat kuat
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.
MEI
Kekerasan hati & degil
Kuat semangat & bermotivasi tinggi
Pemikiran yang tajam
Mudah marah apabila tidak dikawal
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
Perasaan yang amat mendalam
Cantik dari segi mental & fizikal
Tidak perlu dimotivasikan
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Mudah dipujuk
Bersikap sistematik (otak kiri)
Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain
tanpa diberitahu
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
Daya khayalan yang tinggi
Permikiran yang tajam
Pandai berdebat
Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan
Suka sastera, seni & muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah
Tidak boleh duduk diam
Tidak punya ramai anak
Rajin dan bersemangat tinggi
Agak boros
JUN
Berfikiran jauh & berwawasan
Mudah ditawan kerana sikap baik
Berperangai yang lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood
Idea yang terlalu banyak di kepala
Bersikap sensitif
Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
Cepat marah & cepat sejuk
Suka bercakap & berdebat
Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan
Mudah berkawan & pandai berkawan
Orang yang sangat tertib
Pandai mempamerkan sikap
Mudah kecil hati
Mudah kena selsema
Suka berkemas
Cepat rasa bosan
Sikap terlalu memilih & cerewet
Kurang mempamerkan perasaan
Lambat nak sembuh apabila terluka hati
Suka kepada barang yang berjenama
Mudah menjadi eksekutif
Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya
tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya
JULAI
Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
Jarang berdendam
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati
Pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
Mudah dan rajin belajar
Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
Suka mendiamkan diri
Suka duduk di rumah
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
Tak agresif kecuali terpaksa
Lemah dari segi kesihatan perut
Mudah gemuk kawal tak kawal diet
Minta disayangi
Mudah terluka hati tapi lambat pulih
Terlalu mengambil berat
Rajin dalam membuat kerja
OGOS
Suka berlawak
Mudah tertawan kepadanya
Sopan santun dan caring terhadap orang lain
Berani dan tidak tahu takut
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah & bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi
Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa
Cepat marah & mudah mengamuk
Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Sangat cemburu
Daya pemerhatian yang tajam & teliti
Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari
Suka memimpin & dipimpin
Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
Belajar untuk relax
Sikap kelam kabut
Romantik, pengasih & penyayang
Suka mencari kawan
SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur
Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak & mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong
Kurang menunjukkan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik
OKTOBER
Suka sembang
Suka orang yang sayang padanya
Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan & sopan santun
Kecantikan luar & dalam
Tidak pandai berbohong & berpura-pura
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
Sentiasa berkawan
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
Cepat marah
Macam pentingkan diri sendiri
Tidak menolong orang kecuali diminta
Suka melihat dari perspektifnya sendiri
Tidak suka terima pandangan orang lain
Emosi yang mudah terusik
Suka berangan & pandai bercakap
Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
Suka melancong, bidang sastera & seni
Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan
Mudah terusik hati & cemburu
Ambil berat tentang orang lain
Suka kegiatan luar
Orang yang adil
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat
NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan
Berfikiran unik dan bijak
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
Pemikiran yang tajam
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
Bagus untuk jadi doktor
Cermat dan teliti
Personality dinamik
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.
Diusahakan sehingga berjaya
Tak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain
Pandai muhasabah diri
Cara berfikir lain dari orang lain
Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri
Tidak hargai pujian
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
Badan yang "tough" (sasa)
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
Romantik
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.
Saturday, December 26, 2009
Pantai Rompin-Kotor

Setiap 2 hari sekali.. jika tidak hujan saya akan berjalan kaki ke pantai... sambil membaca.. nasib baik tak langgar pokok...
Sambil2 berjalan di pantai, terperasan bahawa pantai Rompin nie macam kotor sikit dari biasa.. Maklumlah musim ombak kuat dan hujan nie.. so kayu kayan tu memang banyaklah tersadai...
Tergerak hati hendak meneliti jenis sampah2 yang ada.. Sebab nampak mcm banyak sangat botol mineral.. rasanya pengunjung rompin nie tak guna sangat air mineral sbb ada kedai minum berdekatan. Lagi satu... mereka nie bukanlah pengotor sangat berbanding orang di Klang (merujuk kepada pendatang negara luar)..
Inilah hasil beberapa kutipan gambar. Ada botol air yang dihanyutkan dari korea, vietnam, thailand dan taiwan.
Asalnya nak salahkan MDR sebab tak bersihkan pantai..
Tapi bila fikirkan cuaca dan struktur tanah yang kurang stabil... rasanya susah juga mesin penyodok tanah nak beroperasi.
Kes ini macam kene ambik tindakan manual.. Pakai manusia dan tangan.
Tapi kene tunggu musim hujan berlalu dulu.
Happy Birthday Mak

Tahun 2009 merekodkan bahawa Hajah Noorainee menerima kek sebanyak 3 bijik. dari adik ipar dalam gambar diatas. anak sulung, Ilya dan anak kedua, Usra....
Anak lain menyumbang kepada masakan dan tenaga kerahan kemas rumah.. he he he
Hari lahir mak tahun ini juga jatuh pada penutupnye tahun Islam.. so mak mcm selebrate new yearlah... he he
Anyway.. harap hidup mak lebih meriah lagi dengan kedatangan bakal cucu yg kedua dari anak ke-4. So lepas nie mak kene ambik course nursery plak.
Wednesday, December 23, 2009
Inner Story
Terbaca blog si Yasmin tadi.. Sedih gaklah setiap kali membaca luahan perasaan dia dan suka-duka dia sewaktu belajar kat negara sonata. Yelah.. at least orang tu dapat gak merasa belajar di luar negara. Dahlah tu sebelum ini keluarga dia menetap di KL. So dia nie dikira orang bandar lah.. Tapi boleh terjumpa dia di Rompin, pekan kecil nie.. tu dah kira cukup bertuah.
Semenjak berkawan dengan dia, minda saya terperasan banyak benda. Setiap manusia mempunyai kegembiraan dan kesedihan. Hidup si Yasmin diselubungi darkness selepas kematian dan keadaan beberapa adik-beradiknya dan ketika dia berada di Korea. Yelah.. dunia baru.. sorang-sorang pulak tu.Banyak pahit-maunnya dan keperitan hidup.
Terharu gaklah bila difikirkan. Pastu saya compare lak dengan hidup saya.
Makan pakai.. cukup.
Adik-beradik..cukup.. abang ada, kakak ada, adik ada, sepupu ada..
Hidup... dikategori senanglah. takdelah kais pagi, makan pagi.
Mungkin darkness saya lebih kurang je dengan dia. Mula2 saya tak perasan.. tetapi selepas si Yasmin nie membisikkan sesuatu di telinga saya.. baru berpinar mata dan terkaku ketika.. kerana saya tak terfikir pun benda tu yg saya alami sebelum ini.
Yasmin nie waktu di SMKSR, dia duduk betul-betul bertentangan saya. Tapi saya langsung tak perasan kat dia. Selepas dia buat joke .."awak tak kesian ke kat orang depan awak nie?".. Depan saya? Mana ada orang. Setau saya lah. Lama gaklah saya berfikir.. sapa yek orang depan saya.. Betul.. memang saya tak sedar sapa orang depan saya sampai lah dia bagitau dan duduk kat depan saya.. Ya allah.. Tak terperasan kewujudan dia.. siannye. Maklumlah dua-dua teacher nie bukan jenis duduk kat meja sangat. bila dia ada kat meja.. saya pulak takde.. bila saya ada.. dia pulak takde.
Yasmin nie, ada daya penarik..ramai student suka datang berjumpa dengan dia..dari Form One ke Form Five tu. Masalahnye dia mengajar Upper Form je. Bebudak tu nak menuntut bahasa korea dengan dia.. pernah satu ketika kertas jawapan budak form 3, pelajar tersebut menulis sesuatu dalam bahasa Korea. Saya tanya Yasmin.. Nie exam English ke Korean? Tersengih je dia.
Bila tengok hidup dia nie macam meriah je... Where do i wrong? Kenapa hidup saya tidak semeriah dia?
Sejak kecil saya dikongkong oleh family terutama sekali nenek.
Sejak kecil saya selalu tingal dirumah dengan nenek.. sorang2.
Terus-terang, sebenarnya sebelum saya bersekolah.. saya selalu berasa 'panas punggung' bila duduk rumah mak..duduk 2-3 hari dah nak balik rumah nenek. tak biasa dengan mak..dan adik beradik. Mereka umpama orang asing bagi saya.
Sampai saya bersekolah rendah.. nenek ikut sekali tinggal dengan mak.. barulah saya dapat membiasakan diri dengan 'orang2 asing' ni.
Tapi nenek selalu pesan.. jangan berkawan dengan orang.. jangan masuk rumah orang.. jangan tu ...jangan ni.. sampai otak saya dah tepu. Sampaikan nak masuk pintu pagar rumah orang pun takut..
Sejak kecik, saya hanya bermain dengan adik-beradik lelaki je.. tak suka permainan budak perempuan.
Sejak kecik, nenek tak bagi sangat saya aktif.. kelab ke sukan ke.. Duduk rumah je.. nanti besar pandai2lah carik keje.. takpun ayah tanggung.. tak cukup? ambik duit felcra tok nie hah. Sampailah saya sekolah menengah.. kelas tambahan tak pergi, sukan kekadang je.. kelab pun kekadang.. dengan syarat jangan balik rumah dulu. if balik rumah... dah tak boleh pegi mana2.
So dalam kamus hidup saya, tiada istilah study group. Nak belajar? sorang2. 'Awak pandai membaca kan.. suruh je ayah beli buku.. baca sendiri. tak payah nak kawan2. tok tak percaya. nanti banyak main.'
Kat rumah.. dah lah tak paham subjek.. mak pulak asyik suruh buat keje rumah yang takkan habis kerana adik beradik jenis kaki sepah.
Kawan takde.. sbb tak blh kuar rumah..
adik beradik jenis mind their own business..(family ulat buku so sume pun if tak tgk tv.. baca komik takpun newspaper)
mak asyik berkemas..
ayah asyik keluar..
tok asyik pesan.. jangan buat tu.. jangan buat nie.. nanti terluka.. nanti terbakar..
Bila berkongsi masalah dengan tok.. tok akan marah mak.. kekadang berlarutan ke makcik.. pakcik yang lain.. so akibatnya.. mak dan pakcik makcik akan marah saya balik. Bertambah tension.
Nak luahkan perasaan kat sapa?
Akibat terlalu tension dan stress.. sbb tak tempat nak mengadu.. penah je sy doa kat allah supaya bagi lah saya kawan.. siapa dan apa benda tu, jin ke, hantu ke..sy tak kisah.. janji ada teman berborak. Lepas tu sy create dunia saya sendiri.. sbb tu sewaktu remaja.. saya lebih suka tido..bukan tido actually. masuk ke dunia fantasi sy yang mana sy boleh jadi apa shj yg sy nak..
Sewaktu sy belajar kat kolej pun, sama gak.Berulang dari pekan ke rompin everyday. Sampai je rompin, tok call. dah sampai blm. If lewat sikit tok dah risau n call semua anak2 dia. Kene marah lagi dengan sume orang.. Suruh ambik bas awal sikit.. mana boleh dah kelas abis kul 5.. tu pun sy dah cabut awal kul 4 ptg. Belajar mende namanye tu. sabar sungguh lecture saya nie.
Langsung takde kesempatan nak berkomunikasi dengan kekawan. Assignment pun buat sorang2. takdenye istilah group assignment dalam hidupku nie.
Semasa saya belajar di UNITAR.. 7 tahun belajar. lama sangat. sepatutnya 4 tahun je.. Yelah kene kejutan budaya.. dari SPM ke Ijazah.
pastu jenis belajar sorang2 plak. dahlah payah.. lulus tupun dah dikira bersyukur amat.
Masih lagi berulang..
Kali nie rompin-KL. 3hari di KL..4 hari di rompin..2 tahun akhir. berulang 2 minggu sekali. 2 hari di kl.. Tak tido 48 jam.. sebab nenek pesan jangan tido rumah orang tak tentu. Pergi takpe..Cuma JGN TIDO..so tumpang mandi kat rmh kawan jelah.
Mcm biasa bila dah bertolak/sampai KL or Rompin kene report kat TOK.
SO nak jalan2 kat kl pun tak kesampaian sbb tok akan call sepanjang masa tanya kat mana saya berada ketika itu.
Well.. tok siap pasang spy.. adik lelaki ku.. if anything happen to me.. he will be responsible ..kesian lak if dia kene marah. Tapi dia bleh lak dok menyewa kat kl. so ikutlah arahan tok.. mcm ada cctv kat atas kepala nie. abis kelas terus pi pudu.. ambik bas balik.
Kalau tak ikut.. tak blh pegi kelas.. maknanye takde alasan nak kuar rumah or tgk dunia..tak sangup..tak sangup.. dah lah saya takde kekwn nak berkongsi dunia.
Dulu sewaktu buat praktikal kat ss2..pagi2 saya berjalan kaki ke tempat keje. sbb nak menghilangkan mengantuk..
waktu praktikal, every weekend kene balik rompin.. report kat tok..that i am fine.
satu hari, tok terlihat urat timbul kat kaki dek berjalan waktu pagi.. kene ugut lagi. tok suruh berhenti buat praktikal kat kl.. buat kat rompin.. mana boleh..aiii.
Terkurus sikit takboleh.. mak akan kene marah dengan tok sbb tak bagi cucu dia nie makan..padahal sy yg malas nak makan. as usual.. mak marah balik kat saya..
Kulit tangan kasar sikit tak boleh..tok marah mak sbb bg cucu dia nie buat keje sgt..padahal cucu dia nie buat keje lelaki kat luar tu.mcm biasa mak balas kat sy balik..
so sy nie nak mengadu kat sapa?
bibir merah sikit, tok dah marah mak.. cucu dia demam tak jaga.. padahal baru je rasa nak demam..
Mata tok kat diri saya nie sensitif sangat..
bukan mata je.. six sense pun kuat..
if saya gaduh ngan mak kat rompin pun, dia bleh tau.. pastu diajaknya tido kat rumah dia. sampai reda.
Entahlah.. sampai sekarang saya masih pelik kenapa TOK Minah jaga saya sampai cam tu sekali...
Tapi satu punca masalah pada diri saya ialah masalah komunikasi.
Sama ada ketika menjelaskan sesuatu isu ataupun kelakuan gerak-geri.
Maklumlah kurang bergaul..

Sunday, December 20, 2009
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN ::
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput
anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin
sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud
begini:
Sabda Rasullah Salawatu Alai Wasalam: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu
diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar
suara terompah kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada
saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim,
maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya,
zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada
sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di
hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata
kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian
malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke
sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka
malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu:
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku
hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang
kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-
laki itu ialah Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam dan aku naik saksi bahawa nabi
Muhammad Salawatu Alai Wasalam itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada
Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan
dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat
insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata
padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan
kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.
Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya
baginya"
Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan,
kiri dan hujung kaki).!
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam.
semoga anda berjaya dlm temuduga ini....

Thursday, December 17, 2009
PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.
Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.
Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.
--Salinan dari azlann1981--

DOA AWAL TAHUN

Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib 17 Disember 2009 iaitu bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
DOA AKHIR TAHUN

Sempena akhir tahun hijrah pada petang 17 Disember 2009 (30 Zulhijjah 1430), kita dianjurkan supaya berdoa pada waktu asar. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.
Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Tuesday, December 15, 2009
Optimist dan Pessimist (Yin/Yang)
Salam semua... lama sungguh tak update blog. Artikel tu banyak tapi belum ditaip je lagi.Terimalah artikel pembukaan....Berkenaan :
Optimis ialah orang yang sentiasa berfikiran positif manakala Pessimis ialah orang yang berfikiran negatif.
Nikmati karikartun di bawah.

Karikartun ini mengingatkan kembali kes saya memandu kereta dari Klang ke Rompin.
Saya merupakan pemandu berpengalaman ... KOSONG.... dalam bawa kereta. Baru lulus P dan jenis tak belajar bersungguh pun dulu. Jadi tengok side mirror, parking, gear, anggar jarak dan kelajuan, isyarat dan banyak lagilah... semuanya tak mahirpun.
Tetapi.. niat saya satu.. nak balik kampung.. NAIK Kereta.
Untuk mengurangkan sakit jantung keluarga saya.. saya telahpun mengajak beberapa kawan untuk teman tetapi last minute, sume pun ada hal sendiri.
Walaupun ditegah agar jangan memandai nak bawak kereta balik Rompin... Orang optimist nie yakin dirinya mampu lakukan..Jadi plan will goes as plan.
Saya memandu 5 jam berturut-turut selama 3 hari. Drive waktu siang sahaja.. ekoran ugutan family yang tak bagi bawak malam.. karang if saya selamat sampai rompin, kene gayang nak family.. lagi teruk!!...
Mula2 ketar gak lutut. But I belived i can do it. Start engine... Drive...
Hari Pertama :
1.Lupa gear mana satu sbb gear head dah tukar jenis takde tulisan.. So salah je masuk gear.
2. Arah... nie nak ikut jalan mana? simpang mana? hish.. GPS nie tak boleh pakailah. akibatnya sesat 3 jam kat highway E5.
3. SignBoard.. bawak laju.. tak reti nak control tekanan lagi.. mak asyik call.. kat hp yang berGPS pulak tu.
Macamana nak tau jalan..
Macamana nak tgk signboard..
Macamana nak kawal stereng (orang baru .. tak reti lagi bawak sebelah tangan)..
Macamana nak angkat hp tanpa langgar orang depan..
sebab bila bercakap, tak dapat nak anggaran jarak antara kereta..
dan banyak lagi masalah yang tahap nak meragut nyawa dan memberhentikan denyutan jantungku...
Semua tu maybe satu masalah besar bagi orang pessimist.. tapi waktu tu saya cuba fikir pukul berapa saya sampai rumah.. tak sabar...
Tetapi selepas semua tu tamat.. saya jadi serik sikit nak bawak kereta.. Sebab dalam tempoh dua bulan nie... tengok orang lain bawak .. yang ada pengalaman lama .. Saya jadi gerun dengan skil saya bawak kereta. Macam bermimpi je saya boleh bawak kereta dari KLANG ke Rompin.
Dasyat betul Kuasa FIKIRAN OPTIMIST.. Impossible is POSSIBLE!

Tuesday, November 17, 2009
Cara Memandu: Rompin Vs Klang
Setelah 2 bulan berada di Klang iaitu sebaik sahaja mendapat lesen P. Saya terus gila-gila sewa kereta untuk berlatih memandu dan membiasakan diri dengan pemanduan yang diajar di Sekolah Latihan Memandu di Mersing.
Hari pertama saya ke Klang, kereta sewa juga turut saya tempah khas untuk meronda-ronda kawasan sekitar agar lebih tau selok-beloknya. Maklumlah, banyak sangat cerita yang tak elok didengari. Jadi langkah pertama keselamatan ialah Tau di mana anda berada.
Jadi hari pertama dan hari kedua, saya telah menempah adik bekas rakan sekelas saya untuk mengajar memandu sambil menunjukkan jalan. Ha ha. Terkejut amat! Teknik pemanduannya sangat hebat dan menakutkan. (tanggapan pertama). Cilok sana, Potong sini, Brek emergency dan sebagainya. Betul-betul macam citer Initial D dan Too Fast Too Furious.
Tapi rupa-rupanya, teknik pemanduan itu memang dikuasai oleh kebanyakkan pemandu kenderaan di Klang....
Di bawah merupakan perbezaan-perbezaan antara pemandu di Kuala Rompin dengan Klang.1.
ROMPIN
1. Berhenti betul-betul sebelum garisan putih
2. Berhenti pada jarak paras boleh nampak tayar/bonet bawah kereta di
hadapan
3. 2 Lorong jalan raya diguna 2 kereta. Kekadang 2 kereta 1 lorong je.
4. Signal beri awal-awal
5. Sentiasa memberi peluang kereta lain mencelah.
6. Bawa kereta berwaspada dan tenang... 60-80km je. tu ok lagi. ada yg 30-40km. Lagi
santai..
7. Lampu merah bertukar hijau, bawak dgn perlahan. Berhenti sewaktu kuning or kiraan
saat dlm 3 saat sblm merah.
KLANG
1. Berhenti selepas garisan putih dan dekat-dekat garisan kuning.
2. Berhenti pada jarak aras cermin belakang kereta hadapan. Jika boleh dikira kaki,
tak sampai 1 kaki pun jaraknya.
3. 2 Lorong jalan raya diguna 3 kereta.
4. Signal diberi bila teringat.
5. Mencelah? Jangan harap. Orang nak cepat nie.
6. Cepat-cepat! Kereta belakang dah HON!!!
7. Lampu merah bertukar hijau, petanda nak racing. Lampu kuning? Bersedia untuk
memecut!!!.
Jadi... jika terjumpa simptom-simptom seperti di atas, bolehlah anda kenal pasti asal-usul pemandu tersebut.
Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)