Pages

Sunday, October 4

Rakyat Malaysia Petah Bercakap


Terfikir sejenak selepas membaca surat dari Ramli Abdul Halim dari Kota Bahru di dalam ruangan Surat Pembaca Dewan Masyarakat Edisi Oktober 2009.

Memang benar hujah beliau berkenaan tentang anak-anak muda sekarang "telah lupa" sejarah kemerdekaan kita.

Saya sendiri dikategori sebagai generasi muda. Tetapi disebabkan didedahkan dengan kisah penjajah yang dialami oleh datuk-nenek dan mak ayah saya sejak kecil. Kemudian,belajar sejarah dunia di sekolah menengah. Tambah lagi dengan mempunyai adik perempuan yang suka membaca buku sejarah. Buku sejarah baginya umpama buku novel cinta bagi remaja lain. Telah saya sedari bahawa kita telah mencapai kemerdekaan dengan mudah dan LUAR BIASA. Pelik pun ada. Sebab:
kebanyakan negara lain dengan pembunuhan beramai-ramai.
Kita, Malaysia.... dengan rundingan damai.

Pernah sekali terdetik di minda,
rasanya sebab orang Malaysia ni petah bercakap kot.
Berbudi bahasa dan berkiasan
Bertolak ansur
Memahami tindak-tanduk yang mengeluarkan "signal-signal" samaada setuju atau ketidaksetujuan.
Sebab tu hati pihak lain mampu dilembutkan.

Bila dipikirkan kembali.. baik hantar je orang Malaysia untuk membuat rundingan damai Israel-Palestin, Pakistan-India, Amerika-Afghanistan dan Korea Selatan- Korea Utara.

No comments: