Pages

Saturday, February 14

Apa akan jadi pada anak


Beradab mencerminkan kesempurnaan dan 'ACUAN' didikan ibubapa.

Budak-budak sekarang kurang 'Bahasanya'. Nak bertegur sapa, jangan haraplah. Senyumpun idak. Nak hormat orang tua macam mana jika ibubapa sendiri dia tidak hormat.

Ibubapa sekarang lebih mementingkan pelajaran berbanding adab anak-anak. Tetapi mereke lupa, adablah yang menjadikan anak itu manusia. Ilmu akademik tidaklah seberguna ilmu adab dalam bermasyarakat. Sabar dan tenang asas yang terpenting. 

Semua masalah yang wujud sekarang tidak akan wujud jika anak-anak dididik dengan adab yang betul.

Contoh 1-Merempit (hormati)

Merempit tidak akan ada jika ibubapa mendidik anak jangan keluar malam dan menghormati waktu rehat orang lain. 

Contoh 2-Gay/Penkid (berbincang)

Tidak wujudnya mereka jika masyarakat bermulanya dari ibubapa berbincang dan membantu anak dalam mencari jalan menyelesaian. Menghalau keluar bukan jalan terbaik. Bimbinglah anak seelok-eloknya. Senaraikan baik buruk hidup anak-anak jika mereka memilih hala tuju yang sedemikian.

Contoh 3- Seks bebas (Ambil berat)

Golongan muda mudah terdorong untuk melakukan seks bebas bila berdua-duaan kerana

1. mereka tahu bagaimana hendak melakukannya. Mungkin dari filem, majalah dan bahan bacaan.

2. kawan menayang 'free show' depan mereka.

Mereka tidak akan terdorong untuk melakukan jika mereka TIDAK terfikir untuk melakukannya.

Ibubapa wajarlah mengetahui siapakah sahabat anak anda.

1 comment:

inasanilya said...

taupun, dulu kurang ajar sgt kat mak. masa kecik2 dlu mau kena ganyang awak tu. melawan tak abis2. dh minta maaf tak ni? cium tapak kaki mak tu. siap pukul2 lagi. tah apa2. air rendam kaki mak pun mmg layak awak minum kalu ingt cite dlu. geram betul.