Selepas menonton Channel favourite saya, Discovery Channel Astro 551, pagi tadi tentang H1N1 plus menonton cerita Mission Impossible 3.
Teringat kembali tentang satu fakta yang pernah dibaca dalam MASTIKA beberapa tahun dahulu. Tentang virus selsema merbahaya yang cuba diambil sampelnya dan dikaji oleh pengkaji barat. Jenis yang berjangkit melalui udara yang pernah melanda zaman kuno. Para pengkaji ini telah mencari dan mendapatkan virus tersebut dari mayat beku di kawasan sejuk yang saya dah lupa dimana. Tetapi dinyatakan, mereka telah melakukan kecuaian dengan membebaskan sebahagian virus tersebut ke udara.
Mungkin ini asal-usul virus jenis pandemik merebak. Lepas satu; satu yang muncul. Kalau diingat kembali, virus jenis pandemik ini tidaklah secepat ini merebak pada beberapa belasan tahun yang lepas. Kenapa sekarang ia makin kerap berlaku?
Ada sama seperti dalam cerita MI3? Ada pihak yang menciptanya untuk mengaut keuntungan?Malah ada badan NGO sempat meramal di mana virus jenis pandemik seterusnya akan muncul.
Dah Allah SWT nyatakan bahawa manusia akhir zaman akan membawa hukuman kepada diri mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment