Hari Isnin yang lepas, Yasmin bawa saya pergi makan di Restaurant Korea Da On di Pavillion KL. Yelah, dah saya asyik merengek nak makan. Pastu Yasmin asyik mencabar saya dengan mengatakan bahawa saya tidak mampu makan makanan Korea.
"OK! Jom". Lepas puas searching restaurant yang halal, dapatlah satu kat Pavillion. Yasmin yang pilih semua makanan nie. Nak TEST sayalah katakan.
Gambar ke-2; daging masak kicap. Rasanya sama macam daging yang pernah arwah ayah masak waktu mak terlantar di hospital. Memang dah jadi fav saya.
Gambar ke-3 namanye bibimbap. Nasi goreng campur. Rasa lebih kurang dengan masakan adik saya si Eiza bila kene timenye.
Yang bawah sekali, entahlah apa namanye. Tapi yang berwarna merah 2 piring tu namanya kimchi. sayur peram Korean. Senang citer, umpama sayur tiga rasa.
Yasmin naik pelik bila saya boleh makan semua makanan tu.
Lupa nak bagitau, Min... I nie bila masak memang tak isi garam. Suka masakan fresh dan tawar.. he he.
No comments:
Post a Comment