Tuesday, August 18
MENGENAL GINJAL DAN PENYAKIT-PENYAKIT GINJAL
Apa dia Ginjal ?
Ianya adalah sepasang organ kembar terletak sebelah menyebelah menyebelah tulagn belakang bawah sedikit kepada rangka tulnag rusuk. Ianya menjalankan fungsi terpenting seperti berikut :-
1) membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalan darah
2) menapis darah, menyimpan setengah-setengah kompaun dan membuangkan yang lain
3) menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang
Apakah yang akan terjadi apabila Ginjal musnah ?
Badan tidak berupaya menolak keluar air secukupnya, garam dan lain-lain bahan. Jumlah air di dalam badan bertambah dan tisu-tisu membengkak (OEDEMA). Persebatian cecair dalam badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan ia begitu abnormal dan kematian akan berlaku kecuali jika pengubatan secara ‘dialisis dijalankan’
Apakah penyakit-penyakit ginjal ?
Penyakit ginjal tidak hanya satu jenis. Bahkan terdapat berbagai-bagai penyakit yang berbeza mengikut kompenan ginjal yang terlibat. Penyakit ginjal termasuk :-
infeksi saluran kencing
saluran kencing tersenkat, misalnya batu dalan ginjal, cysts dan lain-lain
tekanan darah tinggi (hypertension)
Glomerulonephritis
Nephrosis
Lain-lain, misalnya kencing manis, kerosakan akibat kimia toksik tertentu seperti dadah dan lain-lain.
Tanda- tanda amaran penyakit ginjal
kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing
kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
mengeluarkan kencing berdarah
bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama di kalangan kanak-kanak
kesakitan sebahagian belakang, sedikit ke bawah dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)
tekanan darah tinggi.
Jika terdapat tanda-tanda ini minta nasihat doktor anda. Setengah penyakit ginjal menyerang tanpa apa-apa tanda, oleh itu pastikan kencing anda diperiksa tiap-tiap tahun.
MENGENAI BATU KARANG (BUAH PINGGANG) DALAM GINJAL
Apa dia Batu karang dalam Ginjal?
Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.
Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.
Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?
Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.
Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.
Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.
Apakah tanda-tandanya ?
Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.
Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.
Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?
Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.
Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.
Adalah penting diigati bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
KENCING BERCAMPUR DENGAN DARAH
Kencing Berdarah
Samaada sakit atau tidak
Samaada kencing berdarah itu pekat atau tidak
Samaada kencing berdarah itu berlaku sekejap-sekejap atau berterusan semasa kencing
Samaada kencing berdarah itu mempunyai darah beku atau tidak
Samaada kencing berdarah itu berlaku pertama kalinya ataupun sudah beberapa kali. Adalah penting perkara ini disiasat.
Jangan biarkan ianya berulang, barulah hendak berjumpa doktor
Apakah perkara ini serius ?
Ya, ada kemungkinan telah berlaku kerosakan serius didalam buah pinggang atau pundi-pundi kencing dan amatlah mustahak ujian-ujian dan pemeriksaan dilakukan secepat mungkin. Disebaliknya pula, ia mungkin satu jenis jangkitan yang hanya perlu dirawat dengan antibiotik sahaja.
Apakah yang doktor anda akan lakukan ?
Mula-mula ia akan bertanya anda samaada terdapat gejala-gejala seperti sakit atau susah semasa kencing. Selepas itu ia akan melakukan satu pemeriksaan fizikal yang sempurna. Satu contoh air kencing akan diperiksa dan ujian lanjut perlu diadakan berdasarkan perubahan-perubahan yang terdapat pada contoh air kencing itu.
Apa yang berlaku selepas ini ?
Sekiranya doktor anda berpendapat bahawa ujian-ujian tambahan perlu diadakan maka salah satu daripadanya adalah mengambil Xray buah pinggang dan pundi-pundi kencing anda. Ujian ini dikenali sebagai Intravenous Pyelogram atau Urogram (IVP atau IVU). Sekiranya ia mengesyaki yang pendarahan berlaku dalam pundi-pundi kencing anda satu pemeriksaan Cystoscopy perlu diadakan. Ini dilakukan dengan menggunakan satu alat khas untuk melihat ke dalam pundi-pundi kencing, biasanya pesakit akan dibius menggunakan gas. Sekiranya doktor anda mengesyaki ada pendarahan berlaku dalam unit-unit penapisan microscopic buah pinggang, sedikit ‘tisu’ buah pinggang adalah perlu diambil dengan menggunakan jarum khas (kidney Biopsy) untuk menentukan diagnosa keadaan ini.
Sila ambil Perhatian:
Sekiranya anda mengalami kencing berdarah, dapatkanlah nasihat doktor secepat mungkin dan ikutilah segala nasihat-nasihatnya.
INFEKSI SALURAN KENCING
Infeksi saluran kencing
Ini adalah satu masalah yang paling kerap dirawat oleh para doktor. Infeksi saluran kencing boleh digelar ‘infeksi’ pundi-pundi (cystitis”)jika bacteria terdapat di pundi-pundi atau infeksi ginjal (pyelonephritis) jika bacteria terdapat di ginjal (buah pinggang)
Tanda-tanda amaran penyakit infeksi saluran kencing
Kanak-kanak yang kencing di masa dalam tidur
Buang air kencing dengan kerap
Sakit dan rasa pedih ketika buang air kencing
Demam dan rasa seram sejuk
Sakit atau lenguh di belakang dibawah tulang rusuk
Apabila ragu-ragu minta nasihat doktor
Fakta-fakta berkaitan dengan infeksi saluran kencing
Kanak-kanak perempuan lebih kerap mendapat infeksi saluran kencing- lebih kurang 80 kali ganda- dari kanak-kanak lelaki
Kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki yang mengidap infeksi saluran kencing mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal) adalah besar. Setengah dari kanak-kanak perempuan yang mengidap infeksi saluran air kencing juga mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal)
Kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda infeksi saluran kencing mesti dibawa ke doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Kebanyakkan kerosakan ginjal akibat infeksi di masa kanak-kanak. Infeksi saluran kencing adalah salah satu sebab penting mengakibatkan kerosakan tetap ginjal bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, infeksi saluran kencing bagi pesakit yang mempunyai saluran kencing yang biasa jarang sekali membawa kerosakan ginjal.
Pengubatan infeksi saluran kencing
Ubat antibiotik selalunya diberi dengan berkesan. Ubat-ubat juga diberi untuk mengurangkan sakit dan kerap kencing. Kepada kebiasaannya doktor akan memeriksa anda sekali lagi untuk menentukan yang infeksi telah dirawat dengan sempurna. Pemeriksaan selanjutnya mungkin dikehendaki terutama bagi kanak-kanak dan apabila saluran kencing disyaki tidak normal.
TEKANAN DARAH TINGGI DAN (BUAH PINGGANG) GINJAL ANDA
Tekanan darah tinggi dan ginjal anda
Tekanan darah tinggi atau ‘Hypertension’ menyerang 10-20% penduduk. Sesiapa pun boleh mendapat tekanan darah tinggi akan tetapi fakta risiko yang tinggi ialah berat badan berlebihan, keturunan, merokok, ketegangan hidup (stress) dan juga umur melebihi 50 tahun. Tekanan darah tinggi dan ginjal juga mempunyai hubungan yang arkab kerana tekanan darah tinggi boleh menyebabkan masalah ginjal dan masalah ginjal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
Banyak penyakit-penyakit lain misalnya kencing manis juga menyebabkan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, dalam 90% kes, tidak ada sebab dikenal pasti dan orang-orang ini dikira mempunyai tekanan darah tinggi tanpa sebab ( "primary" atau "Essential" Hypertension ).
Apakah tanda-tanda tekanan darah tinggi ?
Tekanan darah tinggi ialah penyakit tersembunyi. Biasanya tidak terdapat tanda-tanda. Jarang-jarang, setengah dari mereka yang mengidapnya merungut mengenai sakit kepala, hidung berdarah atau sesak nafas. Hanya satu cara untuk ada mengetahui samada tekanan darah anda melebihi ialah dengan mendapatkan doktor memeriksa tekanan darah anda
Kenapakan takanan darah tinggi begitu bahaya ?
Jika tekanan darah tinggi dibiarkan tanpa dikawal, ianya boleh merosakkan organ-organ penting seperti jantung, otak dan ginjal. Ia menyerang jantung dengan menyebabkan sakit jantung dan lemah jantung. Tekanan darah tinggi adalah sebab utama membawa kepada penyakit lumpuh sebelah badan atau ‘stroke’.
Syarikat-syarikat insuran telah membuat penyelidikan mengenai hubungan tekanan darah tinggi dan jangka usia. Penyelidikan mereka menunjukkan bahawa tekanan darah tinggi juga boleh memendekkan umur anda beberapa tahun.
Apakah kesan yang diberikan oleh ‘Hypertension’ terhadap ginjal ?
Tekanan darah tinggi di dalam saluran darah dalam ginjal menyebabkan ianya mengental dan keras. Ini mengurangkan bekalan darah kepada ginjal, mengakibatkan kekurangan kecekapannya. Ini akan membawa kepada keadaan dimana garam dan cecair berlebihan di dalam badan. Cecair berlebihan ini menjadikan satu beban kepada jantung.
Jika tekanan darah tinggi tidak dikawal dengan pengubatan, kerosakan dan akhirnya kemusnahan ginjal akan berlaku
Apakah yang dapat saya buat mengenai tekanan darah tinggi ?
Mula-mula, minta doktor memeriksa tekanan darah anda. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, doktor anda akan memberikan jenis ubat yang sewajarnya. Kadang-kadang beberapa jenis ubat diperlukan bagi mengawal tekanan darah anda. Adalah sangat penting bagi anda memakan ubat sepertimana yang disuruh. Dalam banyak kes anda dikehendaki memakan ubat sepanjang hayat.
Apakah doktor akan menyuruh saya membuat yang lain-lain lagi ?
Mungkin anda terpaksa menerima perubahan di dalam cara hidup anda. Doktor mungkin mencadangkan supaya anda mengurangkan berat badan, kurangkan memakan garam, kurangkan ketegangan, berhenti merokok dan bersenam selalu.
Anda dan doktor anda perlu bekerjasama untuk mengawal tekanan darah anda ?
Ingat : kebanyakan jenis tekanan darah tinggi boleh diubati dengan jayanya. Pengesahan awal dan patuh kepada pengubatan jangka panjang adalah kunci kepada hidup sihat dan panjang umur dengan mengelakkan kemusnahan ginjal, lemah jantung dan ‘stroke’.
ENAM TANDA-TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG
sakit atau susah bila kencing
kencing lebih kerap terutama di sebelah malam
kencing yang bercampur dengan darah
bengkak disekeliling kedua-dua mata, tangan dan kaki terutama bila berlaku pada kanak-kanak
sakit disebelah buah pinggang (tiada kaitan dengan buah pinggang)
tekanan darah tinggi
Yayasan Kebangsaan Buah Pinggang Malaysia
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/ginjal.htm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment