Pages

Friday, February 20

Panggilan kepada semua yang bergelar GURU.

Sebentar tadi, sewaktu saya mamai bangun dari tidur petang (tido petang kat ruang tamu), mak menukar channel astro ke cerita HARU BIRU.

Bukan untuk ditonton tetapi untuk membisingkan rumah je. Ye lah, ada bunyi TV ada oranglah maksudnya.

Dalam mamai tu tgk sambil lewa...
dengar pun sambil lewa...
Seminit... 2 minit..3 minit
Pejam celik, pejam celik..

Tgk movie tu... baju tak senonoh, terdedah sana sini, budaya barat diikut sangat...
Budaya seks bebas.. lelaki perempuan tinggal sebumbung...
Perempuan sbagai hamba seks dan stress.
Dialog pulak asyik "Pergi mampuslah, bodoh "... dan sebagainya.

Budaya kebendaan diterapkan sangat. Teringat ceramah oleh En Wan Mohd Azan, JPN Pahang di SMK Seri Rompin pada 9 Feb 2009. Beliau menjelaskan bahawa kejayaan harta benda dan populariti merupakan kejayaan yang diiktiraf oleh ajaran Barat. Bukan dari konteks ajaran Islam. Islam ; Kejayaan dunia dan akhirat. Jadi sesiapa yang mengamalkan budaya kebendaan itu merupakan kegagalan dalam hidup juga lah.


Makin ditengok filem itu,makin sakit hati.
Kami para guru disuruh menanam imej dan pemikiran positif dalam pengajaran tapi pengaruh terbesar seseorang remaja ialah media.
Kalau media sibuk tunjuk benda-benda negatif, macam mane para pelajar nak berjaya. Macam mane bangsa nak maju berdaya saing.

Cubalah buat filem jenis inspirasi.. Perjuangan ke .. nilai murni ke. penyelidikan ke... dokumentari ke..

Banyak filem yang boleh dibuat.

Wahai para sahaba pendidik, marilah kita sama-sama berjuang mendidik bangsa melalui media hiburan. Sediakan skrip cerita yang membina keyakinan pelajar, buat shooting, buat filem. Tayang di pawangan. Tubuhkan satu persatuan FILEM Dari GURU. Kita hasilkan karya berilmu untuk pelajar sekalian.

Ilmu yang kita kejar... bukan keuntungan.

No comments: