Pages

Sunday, February 8

Malaysia bakal menjadi Palestin

Menangis saya menonton Majalah 3 tadi. Hanya sanggup melihat 15 minit permulaan. Terharu. Kalau diikutkan hati, tang nie juga nak pergi ke sana. Tapi bila pikir-pikir balik... Nak tolong camner? Duit takde guna. Bukan dapat sampai pun kat diaorang. 

Negara Arab kata, depa takleh tolong sebab tak tahu nak hulur bantuan kat sapa. Hamas ka Fatah. Depa serupa India ngan Pakistan. Hulur bantuan karang, ditukar beli senjata. Betul juga kenyataan negara Arab tu.

Malaysia bakal menjadi seperti itu jika rakyat sudah berani membuat onar. Jika Malaysia wujudnya 2 kerajaan....

Bakal wujud jika keadaan sekarang berlarutan. Negara luar intai-intai untuk masuk campur kelak. Paham-paham je lah.

Ezam menyatakan bahawa orang Melayu ni kuat beremosi. Dengan maksud tersirat, kurang seimbang pengetahuan dan pemikiran mereka. Diharap para pemimpin ni dapat betul-betul memimpin rakyat dengan sentiasa mengekalkan keamanan negara. 

Pemimpin juga adalah ketua, dan guru contoh kepada rakyat.


*Hakim TelukGuantanamo pun berani lawan arahan Barack Obama.

Agaknya, sekarang trend lawan ketua kerajaan kot? 

.

No comments: