Pages

Thursday, August 13

Masakan Korea





Hari Isnin yang lepas, Yasmin bawa saya pergi makan di Restaurant Korea Da On di Pavillion KL. Yelah, dah saya asyik merengek nak makan. Pastu Yasmin asyik mencabar saya dengan mengatakan bahawa saya tidak mampu makan makanan Korea. 

"OK! Jom". Lepas puas searching restaurant yang halal, dapatlah satu kat Pavillion. Yasmin yang pilih semua makanan nie. Nak TEST sayalah katakan.  

Gambar ke-2; daging masak kicap. Rasanya sama macam daging yang pernah arwah ayah masak waktu mak terlantar di hospital. Memang dah jadi fav saya.

Gambar ke-3 namanye bibimbap. Nasi goreng campur. Rasa lebih kurang dengan masakan adik saya si Eiza bila kene timenye.

Yang bawah sekali, entahlah apa namanye. Tapi yang berwarna merah 2 piring tu namanya kimchi. sayur peram Korean. Senang citer, umpama sayur tiga rasa.

Yasmin naik pelik bila saya boleh makan semua makanan tu.

Lupa nak bagitau, Min... I nie bila masak memang tak isi garam. Suka masakan fresh dan tawar.. he he.

H1N1 hanya dugaan

Sebelum ditamatkan perkhidmatan lagi, saya sudah asyik berulang dari Kuala Rompin ke KL setiap hujung minggu.

Minggu pertama untuk mengambil laptop dari adik di Bangi.

Minggu ke-2 untuk membeli peralatan dan cenderahati untuk minggu BAHASA INGGERIS.

Minggu ke-3 untuk menghadiri Seminar Intensif dengan Dr Azizan Osman.

Lastly, minggu ke-4 untuk memulangkan laptop adik yang dipinjam. 

Walaupun kes H1N1 kian meruncing, namun selagi urusan kita itu penting dan baik, yakinlah Allah sentiasa melindungi kita.

Di setiap minggu itu, saya sentiasa bergerak ke sana ke sini.  Walaubagaimanapun di KL masih kurang orang yang memakai mask termasuklah para pelancong.

 Setiap kali saya balik ke Rompin, saya mendengar bilangan pesakit meningkat. Rasa pelik. Apa sebabnya? Mungkin orang KL kerap melakukan medical check-up berbanding orang Rompin kot.