Pages

Saturday, December 26

Pantai Rompin-Kotor











Setiap 2 hari sekali.. jika tidak hujan saya akan berjalan kaki ke pantai... sambil membaca.. nasib baik tak langgar pokok...

Sambil2 berjalan di pantai, terperasan bahawa pantai Rompin nie macam kotor sikit dari biasa.. Maklumlah musim ombak kuat dan hujan nie.. so kayu kayan tu memang banyaklah tersadai...

Tergerak hati hendak meneliti jenis sampah2 yang ada.. Sebab nampak mcm banyak sangat botol mineral.. rasanya pengunjung rompin nie tak guna sangat air mineral sbb ada kedai minum berdekatan. Lagi satu... mereka nie bukanlah pengotor sangat berbanding orang di Klang (merujuk kepada pendatang negara luar)..

Inilah hasil beberapa kutipan gambar. Ada botol air yang dihanyutkan dari korea, vietnam, thailand dan taiwan.

Asalnya nak salahkan MDR sebab tak bersihkan pantai..
Tapi bila fikirkan cuaca dan struktur tanah yang kurang stabil... rasanya susah juga mesin penyodok tanah nak beroperasi.

Kes ini macam kene ambik tindakan manual.. Pakai manusia dan tangan.
Tapi kene tunggu musim hujan berlalu dulu.

No comments: